Bahagia.
Kalau definisi bahagia tu aku yang tentukan, oh yeah, I am happy with my life. I've got family and friends. Most importantly, I have God with me. Enough to feel content.
Tak perlu nak ikut definisi bahagia orang lain. Lain orang, lain cara hidupnya. Lain cabaran dan dugaan yang Allah bagi. Jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain, melainkan dalam aspek nak improve diri sendiri. Itu cerita lain.
Pengalaman hidup.
Definitely banyak mengajar aku untuk berfikir lebih matang. Aku pernah buat benda bodoh. Buat silap besar. Buat macam2 lagi lah yang kalau aku fikir balik, ya Allah, kenapalah aku boleh buat benda2 bodoh tu. But then, kalau aku tak buat, aku tak belajar. Kalau aku tak buat silap, macam mana aku nak belajar. My personal advisor always telling me that, "never regret of your mistakes. They are your great lessons." Absolutely right!
Buang jauh-jauh.
Oh yeah, ada those things and those people yang aku dah buang jauh2 dari hidup aku. Bukan sebab apa, malas nak serabutkan kepala otak fikir or sakitkan hati pasal tu. Senang cerita, buang jauh2. Bila dah tak ada dalam kepala otak memang aku rasa bahagia. Buat apa kau nak serabutkan kepala otak dan hati kau untuk benda yang patut dibuang? Just assume them as "unusable" things and mistakes that you will never repeat. LAYAK DIBUANG JAUH-JAUH!
OYEAH!
Pilih
hidup aku, aku yang pilih macam mana aku nak hidup. and I choose to be happy and content with what I have right now. Alhamdulilah. Orang cakap, bersyukurlah atas apa yang ada.
Ilmu
Semoga ilmu yang aku timba ni dapat bagi manfaat kat aku dan jugak orang lain. Semoga semakin banyak ilmu kita, semakin dekat kita dengan Pencipta kita. Ameen3.
yang mencoret
Hafizah Shaari
Showing posts with label Ceriteria hidupku. Show all posts

Sunday, January 3, 2016
Thursday, June 25, 2015
It was a blessing
Assalamualaikum.
It’s been awhile since I updated this blog.
A lot of things happened. In a short period time. Sebabkan itu, hati jadi tawar
untuk menulis. My heart was broken into pieces and tiba2 tangan jadi kaku nak
menulis. Hati jadi keras untuk bermadah. Al-fatihah untuk Nurul Hafizah.
But, alhamdulilah, I’m healed. Thanks to my
Lord. He’s the One that helping me, always be here for me. Dia tak putus2
pinjamkan kekuatan pada aku. Those period was painful. Aku jatuh. Agak dalam. Well,
aku tak pernah jatuh sedalam tu. Make me dysfunctional for a moment. Tapi sepanjang
tempoh tu, aku banyak berfikir. Buat aku sedar, yang segala yang kita ada
disekeliling kita ni tak lama. Hanya sementara. Pinjaman semata. Bila kita
pinjam, sudah pasti kita akan serahkan ia balik pada pemilik kekal. Allah bagi
pinjam kejap, then Dia tarik balik bila sudah habis tempoh. Aku tersangat yakin
yang Dia buat tu ada sebab. Dia tak pernah jadikan perkara itu sia2. Setiap yang
jadi pasti ada sebab. I believe so.
Kita merancang, Dia pun merancang, dan
perancangan Dia adalah sempurna dan semestinya yang terbaik untuk kita. Dia
lebih tahu perlu apanya kita. Dia lebih tahu keperluan kita. Walaupun boleh
jadi kita tak suka dengan apa yang jadi kat kita, in the end, eventually kita
akan tahu hikmah di sebalik apa yang jadi kat kita. Paling penting untuk kita
ambil tu sebagai pengajaran dan pengalaman untuk hidup kita di kemudian hari.
Mungkin lepas episod yang menyakitkan itu,
kita jadi lebih kuat. Resilient. Lebih matang. Kita akan matang dengan
pengalaman. That’s true. Aku tak menyesal dengan apa yang jadi. Aku anggap apa
yang jadi tu adalah rahmat dari Dia. He wants me to learn something about life.
And my life is a learning process. Until the day I die.
Moga Allah terus pimpin aku di atas jalan
ni. Moga Dia terus pandang aku. Moga Dia sentiasa peduli pada aku. Moga Dia
sentiasa pinjamkan kekuatan pada aku. Moga Allah ampunkan segala dosa2 yang
telah aku lakukan. Moga Dia terus guide aku walaupun aku sentiasa derhaka pada
Dia. Moga Nurul Hafizah sedar yang dia hanyalah seorang hamba yang selalu
perlukan pada Tuhan dia. Semoga. Ameen.
Saturday, November 30, 2013
Tribute to her: Perginya seorang sahabat.
Baru 3 bulan lepas jumpa sebelum dia terbang balik ke New Zealand. Alhamdulilah, we have great times together. My childhood friend, who always cheerful and happy go lucky. Jodoh kita kuat sebab Allah pertemukan kita balik setelah terpisah beberapa tahun. Aku sangat gembira bila aku dapat jumpa kau balik. Aku ingat lagi masa kita dipertemukan balik, oleh sebab terlampau gembiranya aku dapat jumpa kau, aku jatuh dalam longkang sebab nak berlari ke arah kau. Dengan nada yang terkejut, kau tanya aku, "Ijah, kau ni biar betul, dari kecil sampai besar kau tak berubah. Asyik terjun longkang je.." Sakit pun bertukar jadi indah saat tu. Tersemat dalam ingatan.
Lepas beberapa bulan jumpa balik, kau dapat tawaran belajar ke New Zealand. Alhamdulilah, kau cakap yang tu adalah impian kau. Nak belajar kat luar negara. "Weh, aku ada apply study oversea. Aku ingat nak pergi NZ sebab kat sana lawa. Aku teringin nak main salji.." Aku boleh nampak yang kau excited yang teramat bila dapat surat confirmation dari universiti kat sana.
Lepas tu masing2 teruskan hidup masing2 macam biasa. Aku kat UIA, kau kat New Zealand. Walaupun jauh tapi hari2 kau contact aku through facebook. Masa awal2 kau kat sana, banyak betul cerita yang aku dapat dari kau. Aku jeles gila bila kau bagitahu pasal suasana kat sana. Pengalaman baru kau kat tempat orang and aku masih lagi ingat cerita kau pasal kena kacau dengan mamat mabuk kat sana. Aku suggest kau belajar martial art and kau balas, "tak payah weh, sebab aku ada dark knight kat sini..haha" Terima kasih pada dia yang sudi jaga kau.
Masa berlalu cukup pantas. Pejam celik, pejam celik, dah empat tahun masing2 lalui hidup as collage student. Kau cakap yang kau enjoy sangat sebab macam2 pengalaman kau dapat kat sana. Kau cakap pengalaman membuat kau matang. Kau pun cakap yang kau gembira sebab ada kawan2 yang baik untuk berkawan kat sana. Aku tumpang gembira untuk kau.
Last time kita jumpa masa kau balik raya tahun ni. Alhamdulilah, kita diberi kesempatan untuk lepak sama2. Masa balik sini, mama kau cakap kau asyik makan nasi lemak je sebab nasi lemak tu memang feveret kau. Then kau bawa aku pergi satu restoran yang kau selalu pergi untuk puaskan craving kau pada nasi lemak. Honestly, memang sedap nasi lemak kat situ. Kau cakap kau bakal merindui nasi lemak restoran tu.
Lepas kau terbang ke NZ, kau tak habis2 tanya psal nasi lemak tu. Kau suruh aku pergi restoran tu then ambil gambar then send kat kau. Teruk betul rindu kau kat nasi lemak tu kan. Tapi aku tunjukkan nasi lemak kat uia punya. Pun sedap. Kau pun layan je gambar tu sebab craving kau kat nasi lemak teruk sangat. Last2 kau belajar buat nasi lemak..tapi takde daun pandan. Takde "umph" nasi lemak tu kata kau.
Satu hari aku dapat call dari mama kau. Betul2 lepas subuh. Katanya kau kemalangan. Aku terkejut sampai phone kat tangan jatuh. Tapi time tu mama kau cakap keadaan kau tak serius. Kemalangan biasa katanya. Aku lega. Serius. Lega sangat. Then mama kau cakap dia akan call aku balik nanti. Kebetulan hari tu aku ada job interview untuk LOP class. Tengah nervous. So perasaan risau kat kau aku kurangkan sikit, tapi hati aku tak putus2 berdoa agar kau selamat.
Mama kau call belah petang. This time aku dah tak mampu nak buat apa2 bila mama kau call dengan suara yang teresak-esak untuk tahan dari menangis. Perasaan aku time tu blank. Aku cuma dapat dengar suara mama kau yang menangis je. Last2 abang kau ambil phone dari mama kau then bagitahu aku berita yang sebenar.
Entah. Tu yang aku boleh gambarkan perasaan aku bila dapat tahu berita tu. Kondisi aku yang sangat terkejut sampaikan aku tak mampu nak keluarkan sepatah perkataan pun. Blank. Tiba2 dunia jadi berpusing2. Aku duduk. Then aku pergi mandi dengan harapan apa yang aku dengar hanyalah khayalan semata. Tapi tak. Abang kau call lagi. Dia call nak datang ambil aku pergi rumah kau atas permintaan mama kau. Aku ikut tanpa sepatah kata. Aku masih belum percaya.
Sampai rumah kau, aku tengok ada beberapa saudara terdekat berkumpul dan aku tengok mama kau longlai atas sofa kat ruang tamu. Mama kau taknak berita pemergian kau mendapat liputan luas dan permintaan tu di tunaikan oleh pihak kerajaan. Tapi, aku masih belum percaya pemergian kau.
Jenazah kau selamat sampai pada hari sabtu, 30 Nov 2013. Abang kau datang ambil aku untuk bagi penghormatan terakhir kat kau. Kau tahu, lepas aku tatap muka kau, barulah aku percaya yang kau memang betul2 dah pergi. Air mata aku tumpah untuk yang pertama kali.
Tiba2 aku teringat kata2 kau, "kalau kita betul2 sayang kat orang tu, kita hadiahkan doa untuk dia. Tak perlu dia tahu, tapi kita diam2 doakan orang tu agar Allah pelihara dia. Tu adalah benda paling sweet yang boleh kita bagi sebagai hadiah kat orang yang kita sayang.."
Kau tahu, aku rindu kau sebab kau hantar mesej kat aku hari2. Tapi dah tiga hari aku tak dapat mesej dari kau. Sakit sebenarnya bila aku kena pura2 okay depan orang lain tapi sebenarnya aku tak. Moga Allah ampunkan aku sebab aku masih belum redha sepenuhnya atas pemergian kau.
Semoga Allah tempatkan kau dikalangan orang2 yang Dia redha dan sayang. Dan aku, selagi bernafas, doa dari aku tidak akan putus..inshaaAllah.
Weh, aku sayang kau. Moga kau damai kat sana.
Al-Fatihah.

Subscribe to:
Posts (Atom)