Monday, September 28, 2015

Rezeki punya konsep

Konsep pertama:

Rezeki yang kita usaha dan kita dapat.
Contohnya, bila kita bekerja, kita dapat gaji.



Konsep kedua:

Rezeki yang kita usaha tapi rezeki tu bukan untuk kita.
Contohnya, kita dapat gaji dari kerja kita tiba2 kereta kita rosak
Atau kita bagi pinjam duit kat orang lain.

Kat sini, tujuan Allah aturkan rezeki macam tu adalah untuk menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak bagi kita nikmat yang lebih banyak tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.



Konsep ketiga:

Kita tak usaha,maka kita tak dapat.

Bak kata pepatah arab, “man jadda, wa jada”  “siapa yang berusaha, dia yang dapat”



*Perkongsian dari bro. RM Azman


Wallahua'lam

Sunday, August 30, 2015

"Human beings are the most selfish of all"

A social teacher once said,
"Human beings are the most selfish of all"

When people walk out of our life,
either return to their Creator
or carving a new journey path,
we shed tears.

...only because they are no longer there to provide us with whatever they had been for so long.

Hanya tentang kita
dan apa yang kita mahu.

Kita begitu 'possessive'
sedang kita tahu dia adalah pinjaman semata.

Memetik ibrah buku "Rembulan tenggelam di wajahMu" oleh Tere-Liye,
kita perlu memandang dari sisi yang pergi.

Dan Tuhan
adalah sebaik-baik tempat kembali.


_Faiza Nadwa

Friday, August 28, 2015

Judgmental?

Be a thinker, never a judger_

eh, why do because?
sebab..
kita takkan pernah  mampu melihat orang lain sepertimana Dia Yang Maha Melihat melihat mereka.
mata kita dua ja la..ada yang *6/6, 6/9, 6/36 dan bermacam lagi.
kita ni ada yang miopia,hiperopia,astigmatisme..ada hati nak tengok/nilai orang lain ikut suka..
*nombor2 ini ialah tahap penglihatan untuk carta Snellen. 

boleh jadi dia jahat macam Voldemort depan kita, but then behind us, dia adalah seorang Dumbeldore.
boleh jadi dia selfish macam Squidword, tapi pada ketika yang lain, loving macam Spongebob.
cukuplah kita sekadar berfikir macammana boleh jadi macam tu..dan bagaimana untuk elak dia terus jadi macam tu.
help them!
think.
but don't judge.
We never know how their path like.
or how they pave it.
never even wear their shoes.
how can we dare judge?
we don't even understand how the situation goes.

Get my point? Jangan jadi judgemental.
we never know a person MORE than ArRahman does.

Hold on to that. <--- span="" you=""> too, qamarinafatin.




By: Faiza Nadwa

Friday, July 3, 2015

Sorry

Aku betul2 minta maaf pada jiwa2 yang telah aku lukakan. Ketahuilah bukan niat aku nak lukakan kalian. Kadang2 diri ni terlalu mengikut perasaan. Aku tahu, aku dah banyak berubah. Aku sendiri pun perasan perubahan diri aku, sifat aku. Aku tertanya, perubahan aku ni bawa kebaikan atau sebaliknya? Mungkin ramai yang dah terluka sebab perubahan aku. Aku tahu. Kadang2 aku sendiri pun terluka dengan diri aku. Aku rasa aku lost. Hilang dalam diri sendiri. Aku terluka. Dan sebab luka tu aku berubah. Aku hanyut dalam luka aku. Aku hanyut dalam jatuh aku. Aku malu dengan diri sendiri. Betapa aku cuba untuk bangkit semula. Agar aku tahu nilai diri aku. Betapa aku gigih mencari erti hidup aku.

Maaf pada jiwa2 yang telah terluka sebab aku. Aku mohon ampun dari kalian. Aku ternyata bukan hamba Dia yang baik. Bukan anak yang baik. Bukan adik beradik yang baik. Bukan saudara yang baik. Bukan kawan yang baik. Aku bukanlah orang yang baik. Tapi, dalam kelemahan aku itu, aku sangat berharap yang Tuhan sentiasa pandang aku. Tidak pernah berpaling dari aku walau aku sering derhaka pada Dia. Semoga Dia tidak pernah jemu untuk sentiasa bimbing aku kepada Dia. Moga Dia sentiasa curahkan rahmat dan kasih sayang Dia pada aku.

Aku hilang. Aku hanyut.
Allahu.

Maafkan aku Tuhan.
Maafkan aku kalian.

Aku mohon.

Thursday, June 25, 2015

It was a blessing

Assalamualaikum.

It’s been awhile since I updated this blog. A lot of things happened. In a short period time. Sebabkan itu, hati jadi tawar untuk menulis. My heart was broken into pieces and tiba2 tangan jadi kaku nak menulis. Hati jadi keras untuk bermadah. Al-fatihah untuk Nurul Hafizah.

But, alhamdulilah, I’m healed. Thanks to my Lord. He’s the One that helping me, always be here for me. Dia tak putus2 pinjamkan kekuatan pada aku. Those period was painful. Aku jatuh. Agak dalam. Well, aku tak pernah jatuh sedalam tu. Make me dysfunctional for a moment. Tapi sepanjang tempoh tu, aku banyak berfikir. Buat aku sedar, yang segala yang kita ada disekeliling kita ni tak lama. Hanya sementara. Pinjaman semata. Bila kita pinjam, sudah pasti kita akan serahkan ia balik pada pemilik kekal. Allah bagi pinjam kejap, then Dia tarik balik bila sudah habis tempoh. Aku tersangat yakin yang Dia buat tu ada sebab. Dia tak pernah jadikan perkara itu sia2. Setiap yang jadi pasti ada sebab. I believe so.

Kita merancang, Dia pun merancang, dan perancangan Dia adalah sempurna dan semestinya yang terbaik untuk kita. Dia lebih tahu perlu apanya kita. Dia lebih tahu keperluan kita. Walaupun boleh jadi kita tak suka dengan apa yang jadi kat kita, in the end, eventually kita akan tahu hikmah di sebalik apa yang jadi kat kita. Paling penting untuk kita ambil tu sebagai pengajaran dan pengalaman untuk hidup kita di kemudian hari.

Mungkin lepas episod yang menyakitkan itu, kita jadi lebih kuat. Resilient. Lebih matang. Kita akan matang dengan pengalaman. That’s true. Aku tak menyesal dengan apa yang jadi. Aku anggap apa yang jadi tu adalah rahmat dari Dia. He wants me to learn something about life. And my life is a learning process. Until the day I die.

Moga Allah terus pimpin aku di atas jalan ni. Moga Dia terus pandang aku. Moga Dia sentiasa peduli pada aku. Moga Dia sentiasa pinjamkan kekuatan pada aku. Moga Allah ampunkan segala dosa2 yang telah aku lakukan. Moga Dia terus guide aku walaupun aku sentiasa derhaka pada Dia. Moga Nurul Hafizah sedar yang dia hanyalah seorang hamba yang selalu perlukan pada Tuhan dia. Semoga. Ameen.


Monday, June 1, 2015

Make me strong

Dengan namaNYA yang maha sempurna..
assalammualaikum reading eyes:)
how's today's mujahadah? May everything went well, insyaAllah.

Allahu robbi, i feel kinda terrible lately.
Lots of things happen..well, not according to plan.
His plan > my plan.
I know.
It's from HIM, i know. I even memorize a verse on that;

"setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab sebelum Kami mewujudkannya. sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah."

(AlHadid: 22)

Pray for me :)

Friday, February 13, 2015

Kita punya Dia

Pada waktu-waktu
yang bikin kita sesak untuk bernafas,

Sedarlah,
tidak perlu menghambakan diri pada sesiapa
cukup cuma pada Tuhan.

Satu hal yang kembali memekarkan senyumku,
saat mengetahui dan kembali yakin dan percaya bahawa

kita masih punya Tuhan yang Maha atas semuanya.

Bicaralah,
Tuhan dengar.

Bonda sayang.

Dari kecil sampai usia sekarang, tanpa lelah sesosok tubuh sentiasa membahagiakan dengan senyum dan du'a telusnya.

Pernah dulu sewaktu masih anak kecil, kurang menghargai akan senyum yang terukir diwajah bonda.

Ah, tidakkah senyuman itu membahagiakan?

Satu waktu, bicara bonda yang sangat meresap dalam jiwa,
"Kamu dah makin dewasa, jadi anak yang solehah ya"

Mata bertakung. Usapan lembut di ubun meluruhkan rasa cinta dalam jiwa. Tenang sekali.

"Aku belajar keteguhan dari senyummu, bonda.
Semoga Tuhan meluruhkan cinta terindahNya, buatmu"

Sungguh, sayang bonda kerana Allah.
Titipan dari langit.
Terima kasih bonda, untuk segala yang tercurah.