Wednesday, November 11, 2020

The cursed feeling

Sometimes, whenever we are feeling hopeless, we are feel not wanting to live anymore. But it's not that we want to die, it just that we lost the purpose. The purpose of life. Because without purpose, we feel nothing. And feel nothing is such a curse. 

Thursday, October 15, 2020

#151020

Perihal ingin melawan diri sendiri ternyata lebih berat daripada bersaing dengan orang lain.

Dan yang terberat ketika ingin sulit berpaling,

Ketika harapan adalah lawan.

Monday, July 20, 2020

Sedih yang dilupakan

Aku lupa bagaimana rasanya sedih. Mungkin terlalu sibuk dimanjakan atau sibuk dengan kerja dan hal dunia. Rindu rasa sedih yang dulu aku bentak-bentakkan pada dunia dulu tu. Kadang aku rasa sedih tu perlu untuk aku keluar sekejap dari rasa selesa. Aku rindu jugak menulis. Walaupun tulisan di blog lapuk ni macam dah tak releven, aku rasa kau kena jugak menulis to keep myself sane.

Harap semuanya dalam keadaan okay. Jaga diri ye semua!








Wednesday, February 19, 2020

#19022020

Recently, aku buka balik app curious cat. Masih ada manusia yang bertanya soalan rupanya walaupun aku dah lama tak jawab. Macam2 soalan ada. Ada dua tiga soalan yang sama, "bila nak update blog?". Aku tak sangka ada orang sudi baca blog aku. Terima kasih weh, serius. Well, aku rajin menulis kalau tengah down, sedih, hati hancur, rasa terabai, takde benda nak buat. Sekarang ada je sedih, tapi banyak masanya tak sempat nak layan sedih. Sebab tu tak ada masa jugak untuk hadap blog. Aku hadap laptop sebab kerja je sekarang ni. Menulis ni kena pakai emosi. Kalau takde emosi cerita jadi kering. Ehe.

Ada juga soalan2 yang agak meruntun hati. Minta nasihat dan pandangan tentang masalah hidup masing2. Sejujurnya, ini antara benda paling lemah untuk aku. Paling takut nak nasihat orang. Aku bukan kaunselor, bukan therapist, bukan public figure yang layak untuk bagi kata2. Aku rasa, aku adalah orang terakhir yang kau boleh jadikan option kalau nak bertanya macam mana nak handle hidup. Tapi, kalau orang tanya jugak, aku akan cuba bercakap dari perspektif sendiri. Dengan kata mudah, orang tanya aku jawab. Kalau tak tanya, aku tak pandai2 nak komen/kritik/persoal masalah hidup orang.

I cannot simply say "I've been there" sebab mungkin situasi orang lain lebih teruk dari aku, but I will tell my side of story, if you can relate, dan ambil yang baik, ambillah.

Hidup kita ni berfasa sebenarnya kalau korang perasan. Kita akan matang seiring dengan fasa2 yang kita lalu. Yela, dah jumpa macam2 jenis manusia yang boleh mendewasakan kita. Dari strangers ke kawan sekerja, dari kawan kepada lawan, dari kekasih kepada bekas kekasih, yang kata sedara rupanya sekadar satu darah, antara yang peduli dan tak peduli. Life was so full of hatred before sampailah aku mampu seimbangkan logik akal, emosi dan iman.

Ada orang tanya, macam mana nak handle hidup berbaik dengan orang yang kita benci. I'd say..you have to deal with the shit. Kalau ada kuasa untuk ubah, kita ubah. Kalau ada daya untuk elak, kita elak. Dengan bahasa mudah, I hate all the wrongdoings yang orang buat kat aku. Tapi aku cuba untuk maafkan diorang setiap hari. Macam mana? Mohon Tuhan lembutkan hati aku untuk maafkan semua yang pernah sakitkan aku dalam setiap solat. Bukan untuk diorang, tapi untuk aku. Selebihnya tu urusan dia dengan Tuhan.  And I can assure you guys yang kalau kau maafkan orang2 yang pernah sakitkan kau, inshaaAllah kau akan tenang. Aku dah rasa. Alhamdulilah.

Post kali ni panjang la pulak..ehe. Sorry.
Well, kita semua belajar sesuatu dari keadaan sekeliling. I remember a good phrase from someone close to me after we shared our worst experiences dealing with same shit, he said, "buat je baik dengan sesiapa walaupun orang tu tak baik. Buat bukan untuk dia, tapi untuk hati kita".



Tuesday, January 7, 2020

#070120

Kerana aku pernah dipukul keras oleh kenyataan
bahawa mimpi-mimpi aku tidak terjemput pada waktu yang aku inginkan.
Maka semestinya aku harus mengerti bagaimana rasa sakitnya
dan bagaimana harus menerimanya.


Wednesday, January 1, 2020

Farewell, 2019.

I'm thinking not to write any resolution for this year. I might have some but I will let things go with  the flow.

I'm here writing to accept some bad things happened last year.
Maybe I was heartbroken.
Maybe I failed someone's expectation towards me.
Tried my best to no avail.
Lost someone.
Made some bad decisions.
Said things I didn't mean.
Some weren't within my control.
Some things I can learn from.
Well...that's okay.

I'm accepting them.
It means I can move on and begin new year with a new slate.
I don't want to carry this weight with me into this year and blame myself forever for mistakes everyone makes.
I don't deserve this.
I'm only human.
I will focus more on good things that happen because they're easy to overlook.
I think I did better than I think.
Met new people and overcame few challenges.
And I think I'm of myself.

Farewell, 2019.