Friday, February 13, 2015

Kita punya Dia

Pada waktu-waktu
yang bikin kita sesak untuk bernafas,

Sedarlah,
tidak perlu menghambakan diri pada sesiapa
cukup cuma pada Tuhan.

Satu hal yang kembali memekarkan senyumku,
saat mengetahui dan kembali yakin dan percaya bahawa

kita masih punya Tuhan yang Maha atas semuanya.

Bicaralah,
Tuhan dengar.

Bonda sayang.

Dari kecil sampai usia sekarang, tanpa lelah sesosok tubuh sentiasa membahagiakan dengan senyum dan du'a telusnya.

Pernah dulu sewaktu masih anak kecil, kurang menghargai akan senyum yang terukir diwajah bonda.

Ah, tidakkah senyuman itu membahagiakan?

Satu waktu, bicara bonda yang sangat meresap dalam jiwa,
"Kamu dah makin dewasa, jadi anak yang solehah ya"

Mata bertakung. Usapan lembut di ubun meluruhkan rasa cinta dalam jiwa. Tenang sekali.

"Aku belajar keteguhan dari senyummu, bonda.
Semoga Tuhan meluruhkan cinta terindahNya, buatmu"

Sungguh, sayang bonda kerana Allah.
Titipan dari langit.
Terima kasih bonda, untuk segala yang tercurah.