Sunday, October 23, 2016

Apa khabar tahajud kita?

Aku masih ingat salah seorang ustazah aku pernah berkata, solat tahajud lebih baik dari solat hajat. Sebab solat tahajud adalah apa yang Allah ingin beri kepada kita. Dan solat hajat adalah apa yang kita ingin minta dari Allah. Wallahua'lam.

Aku tak minta lebih, asalkan apa2 yang terjadi pada aku mendekatkan aku dengan Tuhan.
Alhamdulilah, terima kasih Ya Tuhan.
Terima kasih semua yang tidak jemu mendoakan dan menguatkan.
Kalian adalah antara bahagian nikmat yang terindah yang Allah pinjamkan.
Tetaplah disisi. Tetaplah tidak pergi.
Semoga akan ada yang menjadikan kita 'tujuan'nya dan bukan sekadar 'pilihan'.

And I want to be that person.


Pernah berkata seorang ulama',
"Aku tidak jumpa solusi terbaik untuk dekatkan diri dengan Allah melainkan melazimi tahajud dan membaca al-Qur'an sebelum subuh"



Semoga kita mampu istiqomah dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita, inshaaAllah.


Monday, October 10, 2016

Berterusan

Mengahiri hari dengan sedikit momen serta perkongsian bersama naqibah.

Pada awalnya, hanya bercadang untuk singgah sebentar, sekadar bertanya khabar, akhirnya bertukar ke perbualan yang panjang yang berisi.

Katanya,
"Tak penting seberapa banyak amal atau perkara yang kita buat, yang paling penting adalah berterusan (istiqomah, consistence) dan mesti ada peningkatan supaya kita tidak rasa selesa dengan benda yang sama.
Contohnya, macam jogging. Hari ni jog 2km dah pancit, esok lusa bila dah selesa jog 2km mesti dah tak pancit. So kita tak boleh kekalkan momentum selesa jog 2km tu sampai bila-bila. Mesti cari balik pancit tu dengan cara menambah lagi jarak jogging dari semasa ke semasa."

Dan aku teringat persan murabbi aku suatu ketika dahulu,
"setiap amalan-amalan kecil yang kita lakukan akan membuka pintu amal-amal yang lain. Iya, kita mula dengan sesuatu yang kecil kemudian beranjaklah ke sesuatu yang lebih besar atau banyak agar tidak terlalu selesa berada di tahap yang sama dan yang paling penting adalah istiqomah."

Semoga Allah permudahkan kita dalam setiap amal yang kita lakukan dan dikurniakan kekuatan untuk istiqomah dalam melakukan setiapnya.  

The superhero learns to fly

"This chasing game is tiring kan?
so why don't you sit back and relax? Let it go and see if it comes back.
Take this time to gain all your strength and be sane"

Berkata seorang Hafizah kepada dirinya.



p/s: yeah, I'm back here. I'm an inconsistent person, couldn't help myself. Ehe
Hi!