Monday, October 10, 2016

Berterusan

Mengahiri hari dengan sedikit momen serta perkongsian bersama naqibah.

Pada awalnya, hanya bercadang untuk singgah sebentar, sekadar bertanya khabar, akhirnya bertukar ke perbualan yang panjang yang berisi.

Katanya,
"Tak penting seberapa banyak amal atau perkara yang kita buat, yang paling penting adalah berterusan (istiqomah, consistence) dan mesti ada peningkatan supaya kita tidak rasa selesa dengan benda yang sama.
Contohnya, macam jogging. Hari ni jog 2km dah pancit, esok lusa bila dah selesa jog 2km mesti dah tak pancit. So kita tak boleh kekalkan momentum selesa jog 2km tu sampai bila-bila. Mesti cari balik pancit tu dengan cara menambah lagi jarak jogging dari semasa ke semasa."

Dan aku teringat persan murabbi aku suatu ketika dahulu,
"setiap amalan-amalan kecil yang kita lakukan akan membuka pintu amal-amal yang lain. Iya, kita mula dengan sesuatu yang kecil kemudian beranjaklah ke sesuatu yang lebih besar atau banyak agar tidak terlalu selesa berada di tahap yang sama dan yang paling penting adalah istiqomah."

Semoga Allah permudahkan kita dalam setiap amal yang kita lakukan dan dikurniakan kekuatan untuk istiqomah dalam melakukan setiapnya.  

No comments:

Post a Comment