Monday, November 10, 2014

Percaya

Kau percaya,
Tuhan akan mencukupkan segala sesuatu pada detik yang sesuai?

Selalu ada tujuan disetiap ketentuan Tuhan pada makhlukNya.

Bagi sesetengah orang,
bukanlah satu hal yang mudah untuk mereka saling berbagi
dalam saling melengkapi antara satu sama lain.

"Segala sesuatu bisa saling terlengkapi,
saat terletaknya Tuhan, di antaranya"

Aku kira,
sangat santun bagaimana cara Tuhan menebar cintaNya pada hambaNya, kan?

Monday, June 2, 2014

Aku rindu.

Seringkali,
dada rasa sakit,
sakit yang amat,
dengan tiba-tiba.

Tapi,
sakit itu datang kala aku rasa kosong.
Kosong dari cinta Dia.

Pelik,
kerna Dia senantiasa curahkan kasihnya,
tapi aku yang tak pernah balas cintaNya.

Dan kerana itu,
aku rasa sakit.
Sakit yang tak mampu
diungkap dengan apa cara sekalipun.
Membuatkan aku bertambah sakit.

Mungkin,
aku terlalu rindu,
tapi aku tak berusaha
untuk mencari Dia,
bagi leraikan rindu itu,
rindu.

Sesungguhnya
perasaan kosong itu
suatu penyeksaan
buat insan bernama aku.

(N_H)


Monday, May 26, 2014

kerana mungkin

Rindu itu sering kali bertandang,
kebiasaanya mampu untuk hadapi
tapi,
beza ini kali
sepertinya aku hilang dalam rindu itu
sepertinya aku hilang diri aku
kerana rindu itu.

Duhai Maha Agung,
ampuni mahkluk ini
yang seakan-akan masih belum redha
bila Engkau mengambil kepunyaaMu.

Atau hanya mungkin
kerana kenangan lama bertamu dikalbu,
mungkin ku terlebih mengimbau.
Mungkin.
Mungkin aku terlalu rindu.
Rindu pada dia yang terlalu jauh.
Jauh untuk dicapai,
mustahil untuk bertamu di sini.

Akan adakah peluang untuk kami di sana?

Al-fatihah

(N_H)


Belum bahagia

Dan
kebahagiaan hakiki itu,
hanya ada pada Dia

Dan aku
belum bahagia
kerana cinta itu
belum ku raih.

(N_H)

Tuesday, April 15, 2014

Mungkin

Mungkin dengan kesusahan ini,
dengan ujian ini,
dengan dugaan ini,
Allah sedang membentuk aku.

Agar menjadi lebih baik,
lebih memahami manusia lain,
lebih bertimbang rasa,
dan lebih baik akhlak.

Mungkin

Terlupakah kita?

"Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri nak ke mana" -Hlovate- (Contengan Jalanan)

Kita lupa tujuan hidup kita yang sebenar, kadang-kadang je ingat, betul tak? Dan juga selalu lupa apakah sebenarnya tujuan hidup kita. Selagi jantung masih berdegup dalam tubuh yang lemah ni, selagi itulah hidup cuma untuk Allah, untuk mencari keredhaanNya dan cintaNya.

Maafkan hambaMu ini ya Rabb, andai tersilap langkah dalam setiap perjalananku menuju kepadaMu

Thursday, February 20, 2014

Less publicity, more exclusive

Tak semua rindu boleh diluah.
Tak semua cemburu perlu diberitahu.
Tak semua sayang harus ditunjuk.
Lebih baik menjadi rahsia kita dan Allah

"Less publicity, more exclusive"

Thursday, January 9, 2014

Pasti

"Aku takut tak kuat"

"Allah ada kan? kuatlah demi Dia"

Mana mungkin beban yang kamu dapat melebihi melebihi kemampuanmu.
Mana mungkin Allah meninggalkan hambaNya melainkan kita yang meninggalkan Dia.

Moga hidup itu Allah redha.
Moga hidup itu
takkan pernah buat kau lelah.

(Peminat tegar awan)