Saturday, November 30, 2013

Tribute to her: Perginya seorang sahabat.

Baru 3 bulan lepas jumpa sebelum dia terbang balik ke New Zealand. Alhamdulilah, we have great times together. My childhood friend, who always cheerful and happy go lucky. Jodoh kita kuat sebab Allah pertemukan kita balik setelah terpisah beberapa tahun. Aku sangat gembira bila aku dapat jumpa kau balik. Aku ingat lagi masa kita dipertemukan balik, oleh sebab terlampau gembiranya aku dapat jumpa kau, aku jatuh dalam longkang sebab nak berlari ke arah kau. Dengan nada yang terkejut, kau tanya aku, "Ijah, kau ni biar betul, dari kecil sampai besar kau tak berubah. Asyik terjun longkang je.." Sakit pun bertukar jadi indah saat tu. Tersemat dalam ingatan.

Lepas beberapa bulan jumpa balik, kau dapat tawaran belajar ke New Zealand. Alhamdulilah, kau cakap yang tu adalah impian kau. Nak belajar kat luar negara. "Weh, aku ada apply study oversea. Aku ingat nak pergi NZ sebab kat sana lawa. Aku teringin nak main salji.." Aku boleh nampak yang kau excited yang teramat bila dapat surat confirmation dari universiti kat sana.

Lepas tu masing2 teruskan hidup masing2 macam biasa. Aku kat UIA, kau kat New Zealand. Walaupun jauh tapi hari2 kau contact aku through facebook. Masa awal2 kau kat sana, banyak betul cerita yang aku dapat dari kau. Aku jeles gila bila kau bagitahu pasal suasana kat sana. Pengalaman baru kau kat tempat orang and aku masih lagi ingat cerita kau pasal kena kacau dengan mamat mabuk kat sana. Aku suggest kau belajar martial art and kau balas, "tak payah weh, sebab aku ada dark knight kat sini..haha" Terima kasih pada dia yang sudi jaga kau.

Masa berlalu cukup pantas. Pejam celik, pejam celik, dah empat tahun masing2 lalui hidup as collage student. Kau cakap yang kau enjoy sangat sebab macam2 pengalaman kau dapat kat sana. Kau cakap pengalaman membuat kau matang. Kau pun cakap yang kau gembira sebab ada kawan2 yang baik untuk berkawan kat sana. Aku tumpang gembira untuk kau.

Last time kita jumpa masa kau balik raya tahun ni. Alhamdulilah, kita diberi kesempatan untuk lepak sama2. Masa balik sini, mama kau cakap kau asyik makan nasi lemak je sebab nasi lemak tu memang feveret kau. Then kau bawa aku pergi satu restoran yang kau selalu pergi untuk puaskan craving kau pada nasi lemak. Honestly, memang sedap nasi lemak kat situ. Kau cakap kau bakal merindui nasi lemak restoran tu.

Lepas kau terbang ke NZ, kau tak habis2 tanya psal nasi lemak tu. Kau suruh aku pergi restoran tu then ambil gambar then send kat kau. Teruk betul rindu kau kat nasi lemak tu kan. Tapi aku tunjukkan nasi lemak kat uia punya. Pun sedap. Kau pun layan je gambar tu sebab craving kau kat nasi lemak teruk sangat. Last2 kau belajar buat nasi lemak..tapi takde daun pandan. Takde "umph" nasi lemak tu kata kau.

Satu hari aku dapat call dari mama kau. Betul2 lepas subuh. Katanya kau kemalangan. Aku terkejut sampai phone kat tangan jatuh. Tapi time tu mama kau cakap keadaan kau tak serius. Kemalangan biasa katanya. Aku lega. Serius. Lega sangat. Then mama kau cakap dia akan call aku balik nanti. Kebetulan hari tu aku ada job interview untuk LOP class. Tengah nervous. So perasaan risau kat kau aku kurangkan sikit, tapi hati aku tak putus2 berdoa agar kau selamat.

Mama kau call belah petang. This time aku dah tak mampu nak buat apa2 bila mama kau call dengan suara yang teresak-esak untuk tahan dari menangis. Perasaan aku time tu blank. Aku cuma dapat dengar suara mama kau yang menangis je. Last2 abang kau ambil phone dari mama kau then bagitahu aku berita yang sebenar.

Entah. Tu yang aku boleh gambarkan perasaan aku bila dapat tahu berita tu. Kondisi aku yang sangat terkejut sampaikan aku tak mampu nak keluarkan sepatah perkataan pun. Blank. Tiba2 dunia jadi berpusing2. Aku duduk. Then aku pergi mandi dengan harapan apa yang aku dengar hanyalah khayalan semata. Tapi tak. Abang kau call lagi. Dia call nak datang ambil aku pergi rumah kau atas permintaan mama kau. Aku ikut tanpa sepatah kata. Aku masih belum percaya.

Sampai rumah kau, aku tengok ada beberapa saudara terdekat berkumpul dan aku tengok mama kau longlai atas sofa kat ruang tamu. Mama kau taknak berita pemergian kau mendapat liputan luas dan permintaan tu di tunaikan oleh pihak kerajaan. Tapi, aku masih belum percaya pemergian kau.

Jenazah kau selamat sampai pada hari sabtu, 30 Nov 2013. Abang kau datang ambil aku untuk bagi penghormatan terakhir kat kau. Kau tahu, lepas aku tatap muka kau, barulah aku percaya yang kau memang betul2 dah pergi. Air mata aku tumpah untuk yang pertama kali.

Tiba2 aku teringat kata2 kau, "kalau kita betul2 sayang kat orang tu, kita hadiahkan doa untuk dia. Tak perlu dia tahu, tapi kita diam2 doakan orang tu agar Allah pelihara dia. Tu adalah benda paling sweet yang boleh kita bagi sebagai hadiah kat orang yang kita sayang.."

Kau tahu, aku rindu kau sebab kau  hantar mesej kat aku hari2. Tapi dah tiga hari aku tak dapat mesej dari kau. Sakit sebenarnya bila aku kena pura2 okay depan orang lain tapi sebenarnya aku tak. Moga Allah ampunkan aku sebab aku masih belum redha sepenuhnya atas pemergian kau.

Semoga Allah tempatkan kau dikalangan orang2 yang Dia redha dan sayang. Dan aku, selagi bernafas, doa dari aku tidak akan putus..inshaaAllah.

Weh, aku sayang kau. Moga kau damai kat sana.
Al-Fatihah.




Wednesday, November 27, 2013

Tersimpan.

Sini.
Hati ni,
bukan tempat main-main.
Dah jatuh berderai.
Aku sambung balik.
Tampal, tampal lagi.
Tengok,
tak sama dengan sebelum jatuh tadi.

Semua orang ada masalah hati.
Termasuklah aku.

Hati, damailah.
Jiwa, lapanglah.
Diri, semangatlah.
Oh Allah, kuatkanlah.

_n_

Thursday, November 21, 2013

It takes two to tango.

If one person isn’t interested, 
doesn’t want a commitment, 
or simply doesn’t want to get involved with anyone, 
then the relationship won’t go anywhere.

Bacause it takes two to tango.

Tuesday, November 19, 2013

It's not just that...

When you love someone
it’s not just words and quickened heartbeats
it’s not just love songs,
it anxious hands and a du’a you can own
that InsyaAllah in every Salah raising your hands and saying

Bismillahi Rahman Raheem…
”Ya Allah, is this the man that will complete my deen? Ya Allah, is…….”

Tuesday, November 12, 2013

I learned

I learned a lot about falling in love
when I fell out of love.

I learned a lot about being a friend
when I was alone.

Monday, November 11, 2013

Agenda hidup

"Apabila saya mengaku sebagai muslim, saya mesti bekerja untuk Islam" - Fathi Yakan.

Rasa diri macam bodoh.
Kalau dah tahu hakikat kebenaran akan sesuatu hal,
tapi masih bertindak sebaliknya.

Tolong Tuhan,
thabatkan kaki kami di jalan dakwah ini.
Sungguh,
betapa nikmat hidup sebagai pekerjaMu
walaupun kami seringkali lupa.

"Mau rasa penjara"

"kenapa??"

"kerana tarbiyahnya luar biasa."

Allah,
aku masih lagi dipenjara,
penjara jahiliyyah yang tak pernah sudah.