Monday, June 2, 2014

Aku rindu.

Seringkali,
dada rasa sakit,
sakit yang amat,
dengan tiba-tiba.

Tapi,
sakit itu datang kala aku rasa kosong.
Kosong dari cinta Dia.

Pelik,
kerna Dia senantiasa curahkan kasihnya,
tapi aku yang tak pernah balas cintaNya.

Dan kerana itu,
aku rasa sakit.
Sakit yang tak mampu
diungkap dengan apa cara sekalipun.
Membuatkan aku bertambah sakit.

Mungkin,
aku terlalu rindu,
tapi aku tak berusaha
untuk mencari Dia,
bagi leraikan rindu itu,
rindu.

Sesungguhnya
perasaan kosong itu
suatu penyeksaan
buat insan bernama aku.

(N_H)