Wednesday, May 29, 2019

#2905

Dan seberat mana pun ujian,
wanita harus mencari titik optimisnya.

Kenapa?
kerana wanita,
kerjanya ialah menguatkan jiwa.

Yang membuahkan harapan,
yang menyalakan kekuatan.

"Behind every great man stand a great woman"

Sorry, but this is proven.

Tuesday, May 28, 2019

Diari Ramdhan ii

Petang semalam singgah hospital, melawat sahabat yang diuji dengan sakit.
Tak sempat balik rumah untuk berbuka, berbuka tengah jalan.

Sebotol air mineral dan kurma.

Sunat untuk menyegerakan berbuka.
It means berbuka.
With anything. Tapi sunnah dengan kurma.
Sikit pun takpe.
Tak semestinya makan as in isi perut kenyang-kenyang as soon as possible.

Bersyukurlah kita boleh berbuka.
Ada benda nak makan.
Some people berlapar berhari-hari.
Some even died from malnutrition.

It doesn't really matter kita kenyang bila.
It's Ramadhan.
Kalau bulan ni pun kita macam mengempang nafsu instead of mendidik dan mengawal, bulan lain macam mana?
Yang penting kita usaha untuk buat amalan sunat; segerakan berbuka.
Even one or two dates would be enough. Or a sip of water.
Itu pun dikira kegembiraan ketika berbuka sebenarnya.
Tak semestinya ada special meal, air lawa-lawa sedap-sedap semua.

Sebenarnya Ramdhan ada banyak benda nak ajar kita.
Kita ja tak keen sangat nak belajar.
Banyak benda lain yang matters more.
Tapi of course la having a convenient meal feels awesome.
Cuma kalau macam tu selalu, kita jadi susah nak doakan orang-orang lain yang kelaparan dan takde makanan.
Sebab kita tak rasa.

Berbeza dengan orang tak dapat makan sebab kekangan masa dengan orang yang tak dapat makan sebab memang tak ada apa nak makan.
Pity them right?

Bukan semua beruntung.
Kita dah cukup beruntung.
Tapi bila last time kita bersyukur?
Bila last kita memberi?

Semua orang nak pahala banyak.
Nak Allah sayang.
Nak masuk syurga.

Tapi benda pahala syurga tu tak datang golek-golek dekat kita.
Kena usaha.
Ibadah ada banyak; tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

Kita kena balik kampung akhirat nanti ni.
And we gonna live there forever.
Di dunia ni la kita cari bekal. Bekal untuk hidup yang dah tak mati-mati lagi dah kat sana nanti.
Lama forever tu.
Mana cukup bawa bekal sikit-sikit.

Ramadhan ada banyak nak ajar kita.
Kita usaha la jadi lagi baik Ramadhan ni.
Allah sayang orang yang usaha nak jadi lebih baik.
Allah suka sangat orang yang berlumba-lumba buat kebaikan.


#30harimencaricinta








Tuesday, May 21, 2019

#2105

Kamu tahu,
pada tiap yang jatuh itu,
ada yang meminta secara senyap pada Tuhan untuk kita bangkit semula.

Kak Juan pernah cakap,
"Lain kali bagitahu la kalau sakit lagi. Jangan senyap je.."

Dan aku macam...
"Kenapa  kena bagitahu kalau tahu dia tak mampu buat apa-apa?"

Kak Juan marah, dia cakap "jangan realistik sangat boleh?"
Ehe

Lama aku fikir, kenapa?
Hari ni aku tahu, memang orang lain tak dapat bantu fizikal dan material, tapi sokongan mental dan doa dari orang lain penting juga sebenarnya.

Saturday, May 18, 2019

#1805

Human feels broken upon a loss.
We are vulnerable to the idea of losing any members of our heart.

And when that happens, yeah..part of us die.

And yes, we will never be prepared for a loss.

Everything is temporary,
including our life
but even on the very last moment of togetherness, we will never be prepared for the loss.

And yes,
losing a loved ones was, is and will never be easy.



Friday, May 17, 2019

Am I ready?

"Are you ready"

Seriously, banyak kali soalan ni muncul dalam kepala aku lately.

Aku ada tengok satu video dari Aiman Azlan pasal ready ke idok ni. Tapi on different topic la. Tapi still aku boleh relate.

Aiman cakap kalau kita duk tanya diri "ready dah ke" memang sampai ke sudah kita akan fikir kita tak ready. Instead, dia kata kita patut tanya, "are we prepared for that?"

Betul jugak tu. Bila kita tanya macam tu barulah kita boleh measure kita punya preparation kan?

So, Ijah..dah prepare ke nak keluar dari zon selesa?

I'm thinking to change my career. Tapi itulah, takut sebenarnya. Apa yang aku takut pun aku tak tahu.

Mungkin sebab fikir
"aku boleh ke buat kerja lain selain kerja ni?"
"fit ke aku untuk kerja tu?"
"selesa ke tak kerja tu?"
"suasana nanti macam mana?"
 "orang-orang kat sana nanti okay ke?

Haaaa....itulah antara sebab-sebab aku takut. Dia punya overthinking tu mashaAllah sangat kan. Belum apa-apa dah gelabah. Lahai.

Azam dah ada nak keluar dari zon selesa, tapi soalannya dah prepare ke??

Job hopping is not something easy kan?

Korang tolonglah doa semoga seorang Ijah ni diberi kekuatan untuk make up her mind.
She such a fickle minded person. Haru. 

Tuesday, May 14, 2019

Diari Ramadhan i

Tadi masa solat tarawih, ada satu doa yang imam baca buat aku terfikir.

"Ya Allah, jadilah kami orang-orang yang sempurna imannya."

I heard that and I was like,
"Ya Rabbi, lemah dan kerdilnya kita sebagai manusia.

Kalau Allah tak izin, kita tak tahu pun benda yang kita tahu sekarang ni.
Jangan-jangan kita tak puasa pun. Tak solat semua..huuu

Sayu betul rasa.

Hidayah tu bukan kita punya.
Allah boleh tarik bila-bila masa.
Hari ni hati kita baik,
esok-esok nauzubillah Allah tarik hidayah,
hati kita dah tak baik mana dah.

Allah bagi rezeki untuk tahu sikit-sikit ilmu agama,
kita jadi riak, rasa hebat dengan diri sendiri.
Semua orang kita nak judge.
Asyik-asyik rasa kitalah paling balik, paling betul, paling elok amalnya.
Nauzubillahiminzaalik.
Betapa banyaknya lompong dalam iman kita...huuu

Betapa hebatnya orang yang sempurna imannya.

Jika iman itu berupa,bagaimanalah rupa iman kita ni pada pandangan Allah.


#30harimencaricinta

Saturday, May 11, 2019

Hadiah

Kita anak,
adalah hadiah dari Dia
kepada ibubapa.
Maka, kekalkan status hadiah itu.

Let's be a gift
that continuously giving
agar kita,
sekurang-kurangnya menjadi
salah satu saham mereka di akhirat.

Friday, May 10, 2019

Maafkan kami

Tuhan,
maaf jiwaku tidak cukup besar.
Hanya cakna tentang bazaar.
tapi tidak bahagia saudara yang diselar.

Maaf Ramadhan ku masih biasa-biasa,
sedang negaraku Kau jaga dari binasa.

Maaf qiamku masih kosong,
sedang sekelilingku tiada jeritan meminta tolong.

Maaf usahaku masih lemah,
belum menguatkan pemikiran ummah.

Palestin berdarah dan kian parah, 
Syria terlihat merah,
dan kami melihat
tanpa suara.

#0216

Jika pinta dan harapku berlebihan,
tolong ingatkan aku pelan-pelan, Tuhan.

#0157

Apapun yang dunia
dan orang-orangnya lakukan terhadapmu,
pegang kata-kata ku ini;

Tuhan tidak pernah lupakan kita.
Tidak,
sama sekali.

Sunday, May 5, 2019

Let's go back!

Semalam tengok cerita 'Tears of the Sun'.
Cerita lama. Tahun 2003.

Leftenan A.K Waters (code name L.T) dengan team dia dihantar ke Nigeria untuk bawa 4 orang warganegara US balik dengan selamat.

Masa tu Civil War sedang berlaku.

Masa dia dengan team dia (kekuatan 7 orang) buat keputusan untuk menyelamatkan 70 orang pelarian Nigeria dari dibunuh dalam perang;
genocide to be exact-
vs 300 orang and more dari rebel troops,
L.T tengok kawan dia dan cakap,

"For our sins"

Wow, that hit me hard!

It's like,
"As impossible as this seems, let's just save these people as one way to pay our sins."

Sebab kita tak tahu masa kita sampai bila,
pahala kita banyak mana,
dosa kita berat mana,
nanti terima amalan buku tangan mana.

Sebab semua tu invisible to ones eye.

Man, we need to start now.
Like seriously, now.

Kita iringlah kejahatan kita dengan kebaikan.

Kita buatlah baik banyak-banyak.
Dengan rahmat Allah, moga-moga nanti lebih berat timbangan benda baik dari benda buruk.

We've sinned too much. Tsk tsk tsk tsk tsk
Let's be better.

Moga Allah tak palingkan hati kita lepas beri hidayah pada kita.

No matter how far we've turned away from Allah, let's run back to Him.

Kalau tak mampu lari pun takpe,
merangkak, bertatih pun,
lama-lama sampai juga.
InshaaAllah.

Kebetulan pula Ramadhan ni, kita cuba praktikkan kebaikan. Mana tahu lekat dan terus jadi habit kita, sebati dengan diri.

Moh le kita sama-sama. You are not alone.

Ramadhan kareem readers!

Saturday, May 4, 2019

The times we were not in love

There were times in life,
where we were not in love.
Where everything seems to be so wrong at so many levels.
This doesn't came right,
that went completely wrong,
semua perkara pun macam tak berpihak pada kita.

Satu persatu hilang ertinya,
berdikit-dikit menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana harus kau pergi?
(Tahu by Fynn Jamal)

Kan teruji kuatnya seorang perempuan,
bila dia sebagai makhluk perasaan terlemaskan oleh hatinya sendiri.
Sebab kuatnya seorang perempuan kerana hatinya dan lemahnya perempuan juga kerana hatinya.
(Did I mention that cantik dan kurang cantiknya perempuan juga terlihat dari hatinya?)

Bila dosa benar-benar menjauhkan kita dari taubat, sedang ibadah membuat kita merasa lebih baik dari orang lain;

saat marah membekukan wadah nurani,
rasa benci menghilangkan rasa kepercayaan,
sedikit dendam membuatkan mustahil untuk memberi kemaafan.

Saat kita rasa dihancurkan,
sedang Tuhan memandang dengan cinta,
detik-detik kita persoalkan qada kerana bertentang dengan mahunya kita,
dan fasa-fasa merasa Tuhan tidak adil dan jauh dari kita;

adalah masa-masa tersebut.
The times we were not in love.
Masa-masa kita tidak memiliki ikatan terkuat antara hamba dan Penciptanya.
Masa-masa kita tidak cinta pada Yang memiliki dunia dan segala isinya.
Sebab bila kita cinta dan percaya,
girls, we will not only see things with pair of eyes, we'll also have 'eyes' pada hati dan iman kita.
These eyes see things differently, you know.
Differently, clearer, wider.
Wide sangat sampai akhirat pun diorang consider. Awesome bukan? (Angkat kening, double-jerk)

Maybe in this very moment,
we are still in those times.
Sebab bahagia dan kuatnya hati seorang hamba adalah bila dia dekat dengan Tuhannya.
And if we've decided to be happy,
and that strong,
with that awesome super eyes that see things with hereafter lens,
shouldn't we take a step away from those times we were not in love?

Here, take my hand.
Let's go together 😃



Thursday, May 2, 2019

#0205

Saya belajar sesuatu hari ni.
Everything happens for a reason.

So did everything in the past.
Though they hurt a lot and they change almost everything about us;
the way we write
the way we interact with other people
the way we see things
they even make us stop drinking our favorite drink
and stop liking our favorite color,
walaupun perkara tu ubah kita sampai kita jadi like a whole different  person,
still, they happened for a reason.

The thing is, bila kita rasa sakit,
kita cenderung untuk mengelak instead of facing it.

And that my dear,
only slows our healing process.
And believe me,
a slow healing wound is so not cool.

However, take your time.
Take all the time you need.
Be afraid.
Be terrified.
Be sad.
Be broken.
Be helpless.
Be in every feelings you want to dive in.

But after that,
dive up again.
Pain don't last just like that.
Pain last when we embrace it.
So, be in pain and face it anyway.

When we embrace the pain and it becomes part of us.
It's no longer something that want to sneak in and be accepted.
And that is when the pain will instantly stop.

I deal with the dagger in my chest today.
And once I take is as a part of me,
I don't see a dagger anymore.
I see me and my past,
shaking hands and exchange smiles;
for everything happens for a reason.

The soul who searching for her soul,
Nurul.