Monday, May 26, 2014

kerana mungkin

Rindu itu sering kali bertandang,
kebiasaanya mampu untuk hadapi
tapi,
beza ini kali
sepertinya aku hilang dalam rindu itu
sepertinya aku hilang diri aku
kerana rindu itu.

Duhai Maha Agung,
ampuni mahkluk ini
yang seakan-akan masih belum redha
bila Engkau mengambil kepunyaaMu.

Atau hanya mungkin
kerana kenangan lama bertamu dikalbu,
mungkin ku terlebih mengimbau.
Mungkin.
Mungkin aku terlalu rindu.
Rindu pada dia yang terlalu jauh.
Jauh untuk dicapai,
mustahil untuk bertamu di sini.

Akan adakah peluang untuk kami di sana?

Al-fatihah

(N_H)


Belum bahagia

Dan
kebahagiaan hakiki itu,
hanya ada pada Dia

Dan aku
belum bahagia
kerana cinta itu
belum ku raih.

(N_H)