It was a blessing

Assalamualaikum.

It’s been awhile since I updated this blog. A lot of things happened. In a short period time. Sebabkan itu, hati jadi tawar untuk menulis. My heart was broken into pieces and tiba2 tangan jadi kaku nak menulis. Hati jadi keras untuk bermadah. Al-fatihah untuk Nurul Hafizah.

But, alhamdulilah, I’m healed. Thanks to my Lord. He’s the One that helping me, always be here for me. Dia tak putus2 pinjamkan kekuatan pada aku. Those period was painful. Aku jatuh. Agak dalam. Well, aku tak pernah jatuh sedalam tu. Make me dysfunctional for a moment. Tapi sepanjang tempoh tu, aku banyak berfikir. Buat aku sedar, yang segala yang kita ada disekeliling kita ni tak lama. Hanya sementara. Pinjaman semata. Bila kita pinjam, sudah pasti kita akan serahkan ia balik pada pemilik kekal. Allah bagi pinjam kejap, then Dia tarik balik bila sudah habis tempoh. Aku tersangat yakin yang Dia buat tu ada sebab. Dia tak pernah jadikan perkara itu sia2. Setiap yang jadi pasti ada sebab. I believe so.

Kita merancang, Dia pun merancang, dan perancangan Dia adalah sempurna dan semestinya yang terbaik untuk kita. Dia lebih tahu perlu apanya kita. Dia lebih tahu keperluan kita. Walaupun boleh jadi kita tak suka dengan apa yang jadi kat kita, in the end, eventually kita akan tahu hikmah di sebalik apa yang jadi kat kita. Paling penting untuk kita ambil tu sebagai pengajaran dan pengalaman untuk hidup kita di kemudian hari.

Mungkin lepas episod yang menyakitkan itu, kita jadi lebih kuat. Resilient. Lebih matang. Kita akan matang dengan pengalaman. That’s true. Aku tak menyesal dengan apa yang jadi. Aku anggap apa yang jadi tu adalah rahmat dari Dia. He wants me to learn something about life. And my life is a learning process. Until the day I die.

Moga Allah terus pimpin aku di atas jalan ni. Moga Dia terus pandang aku. Moga Dia sentiasa peduli pada aku. Moga Dia sentiasa pinjamkan kekuatan pada aku. Moga Allah ampunkan segala dosa2 yang telah aku lakukan. Moga Dia terus guide aku walaupun aku sentiasa derhaka pada Dia. Moga Nurul Hafizah sedar yang dia hanyalah seorang hamba yang selalu perlukan pada Tuhan dia. Semoga. Ameen.


Comments

Popular posts from this blog

Tuhan tidak izin. Noktah

The Merciful