Sorry

Aku betul2 minta maaf pada jiwa2 yang telah aku lukakan. Ketahuilah bukan niat aku nak lukakan kalian. Kadang2 diri ni terlalu mengikut perasaan. Aku tahu, aku dah banyak berubah. Aku sendiri pun perasan perubahan diri aku, sifat aku. Aku tertanya, perubahan aku ni bawa kebaikan atau sebaliknya? Mungkin ramai yang dah terluka sebab perubahan aku. Aku tahu. Kadang2 aku sendiri pun terluka dengan diri aku. Aku rasa aku lost. Hilang dalam diri sendiri. Aku terluka. Dan sebab luka tu aku berubah. Aku hanyut dalam luka aku. Aku hanyut dalam jatuh aku. Aku malu dengan diri sendiri. Betapa aku cuba untuk bangkit semula. Agar aku tahu nilai diri aku. Betapa aku gigih mencari erti hidup aku.

Maaf pada jiwa2 yang telah terluka sebab aku. Aku mohon ampun dari kalian. Aku ternyata bukan hamba Dia yang baik. Bukan anak yang baik. Bukan adik beradik yang baik. Bukan saudara yang baik. Bukan kawan yang baik. Aku bukanlah orang yang baik. Tapi, dalam kelemahan aku itu, aku sangat berharap yang Tuhan sentiasa pandang aku. Tidak pernah berpaling dari aku walau aku sering derhaka pada Dia. Semoga Dia tidak pernah jemu untuk sentiasa bimbing aku kepada Dia. Moga Dia sentiasa curahkan rahmat dan kasih sayang Dia pada aku.

Aku hilang. Aku hanyut.
Allahu.

Maafkan aku Tuhan.
Maafkan aku kalian.

Aku mohon.

Comments

Popular posts from this blog

Tuhan tidak izin. Noktah

The Merciful