Selain degil, mungkin pasif. Sikitlah.
Aku tak suka mengampu. Tak suka dibuli. Jadi bila orang bagi perhatian aku macam cepat terpedaya, lalu akur dan jatuh. Bila orang kata sayang aku, aku cair, lemah
Aku tak suka perhatian untuk aku tu di alih. Bila aku rasa teralih aku diamlah. Tapi aku pantau. Aku ikut. Aku sakit hati. Aku biarkan. Aku abaikan. Lepas tu aku tengok balik bila rindu. Macam tulah pada semua yang aku kata sayang. Walau bukan darah daging, setakat belanja kopi pun aku dah ingat sampai bila-bila. Kalau kata kau artis sekalipun aku tetap pandang yang cuma engkau yang aku kenal dulu, yang hari-hari tanya khabar, mengadu. Yang itu. Tak pedulilah siapa kau di mata siapa, yang penting siapa kau di mata aku.
Well, you know tangan yang memberi tu memang mulia. Dan tolonglah sedar yang tangan menerima ni berbunga hatinya, besar harapannya. Nasihat, canda tawa, peluh, peluk, cium, gurau manja tu semua dikira.
Sebak. Terharu. Kalau surat rasanya dah lipat kecik-kecik letak bedak taruk bawah bantal. Dan ya, aku tak pernah lupa yang ini. Tak pernah. Terima kasih kakak tercinta, perempuan seksi, hati besi.
No comments:
Post a Comment