Friday, April 12, 2013

Pencoret hati

Assalamualaikum

Dengan izin Allah, Pemberi jiwa ini, aku titip segala surat di sini.

Tuhan,
Gadis ini Kau telah cipta, entah dimana istimewanya, cuma Kau yang tahu
dengan kabur sembunyi di balik senyuman, itu lemahnya.

"Ah, lemah aku di mana2, tak gagah. Apatah lagi dengan langkah sumbang"

Namun gadis ini masih tahu hatinya.
Apa yang dia rasa, tak mampu diolah dengan kata
apatah lagi lagak gaya.
Lengkap.

"Lengkap? Ah, aku ni buruk dari jasad sampai jiwa, apa yag lengkap kau rasa?"

Pada dia, hatinya tak mati.
Biarpun sudah ditikam berkali, disepak, dirompak, diasak.
Dia bisa hidup dengan senyuman pemanis muka,
bukan untuk satu nyawa, tapi pada semua.

"Aku ni pembawa duka, kau tahu? Mana saja aku pergi pasti ada luka aku tanam pada mereka"

Dia seperti besi, bisa dilebur, tapi tidak hancur.
Tuhan, gadis ini,
gadis yang Kau sudah hembus nyawa paling mewah
dia tahu cara apa mahu simpan
tiada sedetik untuk dilepaskan.

"Tapi aku ni tak kekal lama, jangan dikata lepas, entah lima minit dari sekarang sudah sesak nafas"

Tuhan, dia takut.
Takut akan kuasaMu yang mampu bawa dia pulang ke sana.
Dia takut segala yang dirancang cuma dalam khayal.
Gadis ini terlalu banyak impinya, banyak yang amat.
Satunya, dia mahu satu gula2 dalam genggam dikongsi semua, ramai tanpa rebutan.
Duanya, dia mahu yang disayang hidup tanpa dibenci
Tiganya, empatnya, dan seterusnya...

"Aku ni hina. Mana ada gula nak dibahagi sama rata, mana ada yang disayangi"

Gadis ini ego.
disimpan duka seorang. Tapi hatinya terlalu lembut disentuh.
Bila butir jernih terjatuh,
muka mengadap belakang, elak ditentang orang.
Malu katanya, padahal ego tinggi dari kepala.

"Aku ego untuk kuat. Kalau tidak aku bisa dipijak orang."

Tapi Tuhan,
egonya bukan menyusahkan.
Egonya cuma untuk menahan dari ditentang lawan.
tapi dia masih penuh kasih sayang.
Disetiap alir darah, cuma sayang.
Dia sayang yang Kuasa,
Dia sayang mereka.

Wahai suara yang berkata-kata. Aku hati. Aku mohon kau diam dan berhenti melawan. Biar gadis ini jalani harinya dengan seni paling kreatif dan berona ceria. Jangan kau tahan bisik hatinya untuk mereka. Biar dia jadi srikandi tanpa wajah, tanpa nama, pada dunia. Biar dia sebar butir-butir cinta. Biar matinya nanti, dihiasi dengan iman dan taqwa.

"Baik, aku biar. Hiduplah. Kerana kau juga adalah aku"

Tunggu aku,
jangan lari dulu,
masih ada cinta mahu aku bagi pada kamu.

2 comments: