(94: 5-6)

"So verily, with the hardship, there is relief,
Verily, with the hardship, there is relief"
(Al-Insyirah: 5-6)



Mata terhenti di bacaan ke lima dan enam. Diturunkan al-Quran perlahan-lahan.
“Tuhan itu kan adil”
Pelahan dia menggumam antara dengar dengan tidak.

Semua pun ada hikmah. Antara sedar atau tidak. Semuanya, literally. Bukan hanya pada sesetengah perkara. Bukan hanya pada sesetengah manusia. Hikmah itu merangkumi setiap kejadian dan juga semua hamba. Lambat-lambat kepala mengangguk sendiri.

Jadinya, kena sentiasa bersangka baik lah kan? Soalnya pada diri. Tangan masih dilarikan pada meja, melukis dengan hanya ingatan di kepala. Tanpa pen mahupun dakwat yang mengisi lukisan imaginasi. Dah betul la tu. Kena bersangka baik. Walaupun ketika itu segala jenis bala yang ada dalam dunia menimpa diri. Walaupun ketika itu dah rasa nak jatuh tersembam mencium bumi.
Tersenyum tersinggung si hujung bibir. Diambil pensil dari kotak pensil. Sebelah tangan lagi mencapai memo pad di dalam laci.


Dua baris ayat dari surah al-Insyirah laju mengisi di dada memo pad biru di tangan. Lantas dilekatkan pada board di hadapan. Supaya tidak lupa nanti jika dating raja bala bergolek nak bagi lenyek diri, sekurang-kurangnya masih ada peringatan yang boleh diingati. Tak adalah terus tersungkur langsung tak bangun lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

Tuhan tidak izin. Noktah

The Merciful