Jangan tinggalkan harapan

Allah knows best. For you. For me. And for everyone. So don't worry. Smile. :)

Tarik kertas. Ambil marker pen. Lukis ikut suka hati. Ikut perasaan.

Tuhan tak akan buat sesuatu tanpa sebab. Tanpa alasan. Dia sentiasa tahu yang terbaik untuk kita. Jangan gusar andai engkau tidak dapat apa yang kau harapkan walaupun kau dah cuba sehabis baik. Jangan risau. Mungkin rezeki engkau bukan di situ. Mungkin takdir engkau bukan di situ. Aku yakin. Dan engkau juga wajib yakin.

Angguk. Senyum nipis. Pejam mata. Berfikir.

Rancangan Dia adalah yang terbaik. Lebih baik dari yang engkau harapkan. Engkau tak tahu. Aku tak tahu. Engkau hanya perlu berdoa untuk dapat yang terbaik dan dengan izinNya, engkau akan dapt yang terbaik untuk engkau.

Jangan putus harapan. Jangan..

Jangan hampakan diri engkau. Jangan sesekali pun terfikir untuk itu. Teruskan berharap. Teruskan.


Comments

Popular posts from this blog

Tuhan tidak izin. Noktah

The Merciful