Sunday, October 7, 2012

Hlovate says...


Manusia boleh berubah dengan apa jua cara, disebabkan  kerana apa juga keadaan yang berlaku. 

Boleh jadi berubah kerana musibah, boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang, boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena panjang, boleh jadi kerana tersentuh oleh ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Namun yang nyata Allah jugalah yang mengetuk  pintu-pintu itu untuk berubah. Untuk lebih mengingatiNya.

Tidak hanya bertitik noktah pada solat lima waktu dan puasa Ramdhan, tetapi lebih daripada itu.

Dan bila begitu, apa yang hendak rugi? Memang dengan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Biar apa yang melanda dapat diterima dengan lapang.

Mengingati Dia di waktu susah dan senang.

Apabila hati telah diketuk begitu, hanya terpulang kepada diri untuk buka pintu itu atau tidak.

-Hlovate-



No comments:

Post a Comment